Kisah Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah

Pada 26 bulan Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari Allah SWT, Nabi Muhammad SAW bergegas untuk berjumpa Abu Bakar Ash Shidiq bagi menerangkan rancangan hijrah. Abu Bakar Ash Shidiq telah dapat menerka apa tujuan Nabi Muhammad SAW berjumpa dengannya pada waktu tengah hari yang panas itu. Setelah memberitahukan mengenai rancangan hijrah, Nabi SAW pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.

Dalam masa yang sama, pemuka-pemuka besar Quraisy mulai melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, yaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut.

Bertolak dari Makkah

Apabila malam menjelma, yaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi SAW. Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu ketika Nabi SAW sedang tidur. Jadi, sepanjang malam itu mereka menunggu dan mengintai-intai keadaan Nabi SAW sudah tidur atau belum. Namun, kekuasaan Allah SWT dan peliharaan Allah SWT terhadap kekasih-Nya mengatasi kesempurnaan perancangan jahat penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut sebagaimana disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.

Sebelum Nabi SAW bertolak meninggalkan rumah, Nabi SAW telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi SAW gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi SAW kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.

Dengan izin Allah `Azza wa Jalla, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat Nabi Muhammad SAW. Mereka terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi SAW telah keluar meninggalkan rumahnya.
Dari rumahnya, Nabi SAW terus ke rumah Abu Bakar sebagaimana yang telah dirancang tengah hari tadi. Mereka berdua bertolak dari rumah Abu Bakar dari pintu belakang dan terus meninggalkan Makkah sebelum waktu fajar. Seorang lelaki yang melihat dari jauh kemudiannya menegur penjenayah-penjenayah itu kenapa tidak dilakukan seperti yang dirancang, kerana dia melihat Nabi Muhammad  SAW sudah pun keluar meninggalkan rumahnya.

Penjenayah-penjenayah itu mengatakan bahwa mereka tidak melihat langsung Nabi Muhammad SAW seperti penjelasan lelaki tersebut. Setelah mendengar penjelasan lelaki tersebut, penjenayah-penjenayah itu pun mengintai ke dalam rumah Nabi SAW dan melihat ada orang yang sedang tidur berselimut. Mereka pun yakin bahwa lelaki yang menduga bahwa Nabi SAW sudah keluar itu, tersilap. Mereka lalu terus menunggu-nunggu sehingga menjelang pagi. Kecewalah mereka rupa-rupanya yang di dalam selimut itu ialah Ali bin Abi Talib, bukannya Nabi Muhammad SAW.


Di Gua Tsur Selama 3 Hari

Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah) terletak di Utara Makkah, namun Nabi Muhammad SAW tidak memilih jalan biasa iaitu utara Makkah untuk ke sana. Ini karena Nabi SAW menyadari bahwa risiko yang sangat tinggi buat mereka berdua di jalur tersebut yang pastinya sedang menunggu Nabi SAW.

Sebaliknya, Nabi SAW menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah. Setelah lewati 5 bukit berjalan, Nabi sampai di Bukit Tsur. Ketika melalui di atas bukit ini, kaki Nabi SAW yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki

Abu Bakar terpaksa memapah Nabi SAW dengan bersusah payah hingga menemui sebuah gua di puncak bukit tersebut. Mereka berdua tidak terus masuk ke dalam gua kearena khawatir ada bahaya di dalamnya. Abu Bakar menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu untuk memeriksa dengan katanya: 

“Demi Allah, jangan engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu.”

Abu Bakar menguis-nguis kakinya dan didapatinya ada 1 lubang. Beliau pun mengoyakkan kainnya lalu menutup lubang tersebut. Kemudian didapati pula ada 2 lubang lagi di dalamnya, lalu ditutup 2 lubang tersebut dengan menekapkan 2 kakinya ke lubang tersebut. Setelah keadaan dirasakan agak selamat, barulah Abu Bakar memanggil Nabi Muhammad masuk ke dalam gua. Nabi SAW pun masuk dan meletakkan kepalanya di atas pangkuan Abu Bakar lalu tertidur.

Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat binatang berbisa dari salah satu lubang itu, namun ditahannya kesakitan itu sehingga menitis air matanya di atas wajah mulia Baginda SAW. Nabi SAW tersadar dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Setelah Abu bakar menceritakan bahwa beliau telah disengat, Baginda SAW pun meludah ke tempat sengatan itu, lantas hilanglah rasa sakit akibat sengatan binatang berbisa itu.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar berada di dalam gua tersebut selama 3 hari yaitu malam Jum'at, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada 2 insan yang terlibat sama, yaitu `Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan `Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar). `Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Tsur. Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan memata-matai pergerakan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi SAW.

Semua berita akan disampaikan kepada Baginda SAW pada malamnya apabila `Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi SAW. `Amir bin Fuhayrah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut. Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi SAW dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui `Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam.

Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu.Dalam pada itu, orang-orang kafir Makkah berasa sangat marah kerana tidak menjumpai Nabi Muhammad SAW. Ali bin Abi Talib telah dipukul dan diseret ke ke Ka`bah dan Asma’ bin Abu Bakar pula telah ditempeleng dengan sangat kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan infromasi di manakah Nabi SAW. Bingung dengan kegagalan mereka untuk membunuh Nabi SAW, mereka lalu menyekat semua jalan keluar Makkah dengan meletakkan lelaki-lelaki bersenjata dan tawaran 100 ekor unta kepada siapapun yang dapat menawan Nabi SAW baik dalam keadaan hidup atau mati ikut dimumkan. Dengan tawaran itu, maka ramailah orang yang berusaha mencari Nabi SAW yang terdiri dari orang biasa, para penjejak jalan dan pahlawan-pahlawan Makkah.


Bertolak Dari Gua Tsur ke Yatsrib (Madinah)

Selepas 3 hari di gua Thur, `Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi SAW di Gua Tsur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu. Mereka bertolak pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 14 kenabian. Selain Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar, `Amir bin Fuhayrah dan `Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. 

Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu. Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yatsrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang. Allah SWT telah memelihara sepanjang perjalanan kekasih-Nya dan rombongannya itu.

Bukan itu saja, malah terdapat beberapa peristiwa menarik berlaku di mana beberapa individu dan kaum telah memeluk Islam apabila bertemu dengan Nabi SAW dalam perjalanan. Dikatakan inilah jalan yang dilalui Nabi SAW dari Makkah ke Madinah. Wallahu A`lam.

0 Response to "Kisah Hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah"

Posting Komentar

Postingan Populer

www.domainesia.com